Hak memilih Peguam Hartanah
Assalamualaikum wbt;
Soalan femes yang saya selalu dapat daripada bakal pembeli rumah.
“Puan, ejen kata saya kena guna lawyer “panel mereka sahaja, betul ke Puan?”
“Puan, ejen kata owner tak akan repair bahagian rumah yang rosak jika saya tak nak guna lawyer yang owner biasa deal”.
Urusan pembelian hartanah juga merupakan satu pilihan perjalanan hidup yang kita pilih. Jadi, pilihlah peguam yang anda percayai dan bukan dipaksa. Supaya anda mudah berurusan dan tidak terkontang kanting. Ataupun salah memilih peguam, boleh menyebabkan duit lesap akibat pecah amanah.
Pertama sekali kena tau, di dalam urusan pembelian hartanah, jika anda mengambil loan, akan terdapat dua lawyer. Satu, lawyer untuk SPA / Perjanjian Jual Beli dan satu lagi Lawyer untuk Loan/ facility Agreement dia antara pembeli dan pihak bank . Untuk Loan Agreement anda hanya boleh menggunakan Panel lawyer bank sahaja.
Kedua, untuk lawyer SPA, ejen hartanah boleh mencadangkan lawyer yang mereka biasa berurusan dan dipercayai. Namun, anda sebagai pembeli berhak untuk mencari dan memilih lawyer pilihan anda sendiri . Ejen hartanah tidak berhak untuk memaksa anda.
Ketiga, lawyer untuk loan, hanya panel lawyer bank sahaja anda boleh lantik. Walaubagiamanapun, tidak bermakna anda tidak boleh memilih sendiri lawyer daripada senarai panel bank tersebut. Dapatkan senarai lawyer daripada banker, anda boleh hubungi dan menyemak latar belakang peguam dan tentukan pilihan sendiri. Jika ragu2, boleh tanya pandangan banker lawyer mana yang bagus dan dipercayai.
Keempat, anda boleh gunakan lawyer SPA dan lawyer loan daripada firma yang sama. Tapi ada juga bank yang tak benarkan.
Kelima, penjual boleh memilih samada untuk mengambil lawyer sendiri atau menumpang lawyer pembeli untuk urusan-urusan pemfailan ckht dan pelepasan gadaian contohnya jika penjual masih ada hutang bank. Jika penjual memilih untuk menumpang lawyer, penjual tidak ada hak untuk memaksa pembeli menggunakan lawyer pilihan penjual kerana lawyer yang dilantik mestilah menjaga hak dan kepentingan anda sebagai pembeli dan tidak berlaku conflict of interest.
Jadi kesimpulannya, hak memilih peguam hartanah adalah hak anda sendiri sebagai pembeli . Pilih lah peguam yang dipercayai. Kalau tak yakin, ikut lah cadangan ejen, kerana ejen dah biasa berurusan dengan lawyer pilihan mereka.
Izzati Ali,
Peguam Hartanah
31052020 / 8 Syawal 1441H
emel: izzati.izco / izzatizuriyanti@gmail.com
Call/ Whatsapp : 0129082431 / 0189705488