Hak memilih Peguam Hartanah
Assalamualaikum wbt; Soalan femes yang saya selalu dapat daripada bakal pembeli rumah. “Puan, ejen kata saya kena guna lawyer “panel mereka sahaja, betul ke Puan?” “Puan, ejen kata owner tak akan repair bahagian rumah yang rosak jika saya tak nak guna lawyer yang owner biasa deal”. Urusan pembelian hartanah juga merupakan satu pilihan perjalanan hidup yang kita pilih. Jadi, pilihlah peguam yang anda percayai dan bukan dipaksa. Supaya anda mudah berurusan dan tidak terkontang kanting. Ataupun salah memilih peguam, boleh menyebabkan duit lesap akibat pecah amanah. Pertama sekali kena tau, di dalam urusan pembelian hartanah, jika anda mengambil loan, akan terdapat dua lawyer. Satu, lawyer untuk SPA / Perjanjian Jual Beli dan satu lagi Lawyer untuk Loan/ facility Agreement dia antara pembeli dan pihak bank . Untuk Loan Agreement anda hanya boleh menggunakan Panel lawyer bank sahaja. Kedua, untuk lawyer SPA, ejen hartanah boleh mencadangkan lawyer yang mereka biasa be...